Laman Web Bomba Putrajaya

Alat Pemadam Api

Alat Pemadam Api

 

Kepentingan

Kebakaran yang tidak dikawal pada peringkat permulaan akan memberi kesan kesengsaraan.

Alat pemadam api boleh menyelamatkan nyawa dan harta benda dengan memadamkan kebakaran diperingkat awal dan membantu mengawal kebakaran sementara menunggu ketibaan Bomba.

Menurut teori standard temperature curve, masa yang sesuai memadamkan sesuatu kebakaran adalah diantara 1 hingga 4 minit pertama. Namun demikian jangka masa yang kritikal ini adalah amat sukar bagi Jabatan Bomba dan Penyelamat untuk sampai ke tempat kebakaran. Kebanyakan alat pemadam api yang digunakan di Malaysia adalah terdiri daripada jenis ABC dan jenis CO2.

Adalah penting mengetahui tentang kelas-kelas api supaya anda dapat menggunakan media pemadaman yang sesuai.

Kelas-Kelas Api, Punca dan Bahan Pemadaman

 

Kelas Api

Jenis Bahan

Jenis Pemadam Api

Kelas ‘A'

Api Pepejal

Kayu, Kertas, Kain

Air, Debu Kering

Kelas ‘B'

Api Cecair

Minyak, Cat, Varnish, Plastik

Buih, Debu Kering, CO2

Kelas ‘C'

Api Gas

Gas Butana, Gas Acetylene

Debu Kering, CO2

Kelas ‘D'

Api Logam

Logam Potassium, Logam

Sodium, Logam Kalsium

dan Logam Magnesium

Debu Kering

 

Kelas-Kelas Api

Secara umumnya terdapat 4 kelas api. Anda perlu mengetahuinya supaya anda dapat mengenal pasti kelas api yang terlibat serta media pemadaman yang sesuai untuk memadamkannya. Silalihat jadual di atas yang memperincikan kelas api dan media pemadaman yang sesuai.

Berdasarkan jadual di atas, terdapat 4 kelas api dan setiap kelas menggunakan alat pemadam api yang berbeza. Namun demikian bagi mengelakkan kekeliruan dalam memilih media pemadaman yang sesuai, anda disyorkan membeli alat pemadam api jenis ABC. Jenis ini besifat serba guna dan dapat memadamkan api dari jenis kelas A, B, dan C yang dikategorikan sebagai common fires.

Kebakaran Logam

Kebakaran melibatkan logam jarang berlaku dirumah kerana ianya memerlukan satu sumber haba yang amat tinggi untuk membakar, dengan itu adalah tidak praktikal untuk mengadakan media pemadaman untuk kelas ‘D' kerana ianya dikategorikan sebagai uncommon fires.

Pemadam Api Jenis Debu Kering ABC

Pemadam api jenis debu kering ABC biasanya menggunakan bahan Sadium Bicarbonate iaitu sejenis bahan yang terbukti selamat digunakan dan amat berkesanuntuk memadam kebakaran dari kelas A, B dan C dengan cara menyelimut serta mengganggu tindakbalas berantai sesuatu kebakaran.

Pemadam Api Jenis CO2

Pemadam api jenis CO2 (karbon dioksida) adalah agen pemadam yang bersih (clean agent) dan tidak akan merosakkan komponen-komponen sensitif peralatan elektrik seperti komponen komputer. Sekiranya anda tidak mempunyai pemadam api jenis CO2, pemadam api jenis ABC debu kering boleh digunakan.

Teknik Mengawal Kebakaran Kecil

  • Pastikan keselamatan anda dan orang lain terjamin.
  • Pastikan semua penghuni telah meninggalkan / keluar rumah.
  • Pastikan Jabatan Bomba telah dipanggil.
  • Pastikan saiz api masih kecil dan belum merebak.
  • Pastikan paras asap tidak menjejaskan pernafasan dan mengaburkan pemandangan anda.
  • Pastikan anda membelakangkan jalan pelepasan ketika melawan kebakaran, kerana sekiranya anda gagal memadamkan kebakaran, maka anda tahu bahawa jalan pelepasan adalah dibelakang anda.

Sekiranya api gagal dipadamkandan menjadi tidak terkawal, tinggalkan tempat tersebut. Pastikan anda menutup pintu terlebih dahulu untuk melambatkan api dan asap dari merebak ke ruang lain.

Tempat Menyimpan Alat Pemadam Api

  • Mudah dilihat.
  • Mudah dicapai.
  • Tempat berisiko tinggi
  • Laluan keluar

Kaedah Menggunakan Alat Pemadam Api

Anda hanya perlu mengikuti langkah-langkah berikut:

  • P- Pull - Cabutkan pin
  • A- Aim - Halakan nozel ke pangkal (base) api
  • S- Squeeze - Tekan tuil (lever)
  • S- Sweep - Layangkan nozel ke kiri dan kanan

Panduan Membeli Alat Pemadam Api

Sekiranya anda ingin membeli alat pemadam api, pastikan anda mendapat maklumat dan keterangan yang lengkap daripada pihak pembekal mengenai pemasangan, penyelenggaraan, pengujian dan penggunaannya ataupun hubungi Balai Bomba dan Penyelamat yang berhampiran untuk nasihat.

Pastikan anda membeli pemadam api yang mempunyai kelulusan SIRIM.

Peringatan

Alat pemadam api adalah amat penting untuk memadam kebakaran di peringkat awal. Sekiranya anda tidak memiliki alat pemadam api dirumah, peluang untuk memadamkan kebakaran diperingkat awal adalah amat tipis.

Ingatlah alat pemadam api adalah amat penting supaya anda dapat membunuh api itu, sebelum ianya membunuh anda dan ahli keluarga anda.

Hubungi Kami

Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia Putrajaya Wilayah Persekutuan
Lebuh Wawasan, Presint 7
62250 PUTRAJAYA

 603-8888 0970/71  603-8888 0936
   yuzaimie[at] bomba.gov.my

Statistik Pengunjung

71528
Hari IniHari Ini5
SemalamSemalam262
Minggu IniMinggu Ini531
Bulan IniBulan Ini4475
Keseluruhan HariKeseluruhan Hari71528
   
You are here: Home Organisasi Pengurusan Panduan Alat Pemadam Api